Friday, January 14, 2011

Public Mutual VS ASB

ASB/PUBLIC MUTUAL
(oleh public mutual Shaz pada pada 08hb November 2009 pukul 10.19) ptg.Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungan anda tidak dijamin sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi iklan atau oleh agen unit amanah. Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami risiko kerugian besar jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur. Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.

Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB. Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja. Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.

Selain itu, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan, anda boleh membaca post saya berkenaan isu ini di sini.

Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan. Buku-buku tulisan Azizi Ali, Sunthara Segar dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas anda memahami tentang pelaburan, anda akan merasa seronok untuk melabur dan anda tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.

1 comment:

  1. baeklah...
    saya dedahkan bagaimana public mutual boleh mengatasi ASB.
    1) hanya melabur pada fund domestic. anda boleh melabur pada fund luar negara tetapi yg bersifat conventional sahaja. saya memilih domestic kerana saya hanya berminat dengan islamic. selalunya islamic fund luar negara akan menyebabkan kerugian kerana pelaburan halal worlwide dikawal sekitar 10% sahaja.
    2) mulakan pelaburan ketika ia baru dilancarkan. biasanya sekitar 25 sen seunit. sekiranya ia berharga rendah tetapi bukan baru dilancarkan, perhatikan trend keuntungan yg dipublish setiap tahun. pilihlah nk untung berapa sen seunit. ade fund yg boleh mencecah 5 sen seunit. itu dah 20% setahun kalu melabur dengan harga 25 sen seunit. teknik lain ialah dengan dollar cost averaging.
    maka, sejarah telah menyaksikan experiment yg saya jlnkn membuahkan hasil. selepas 5 tahun sahaja, modal sudah untung sama banyak dengan modal. so, jika abang ngah melabur 200k, lepas 5 tahun dah jadi 400k. sejak itu saya keluarkan semua ASB, ASN dan seumpama dengannya, dan dicampak ke public mutual.

    ReplyDelete