Thursday, January 13, 2011

Loan ASB .. Keluarkan duit anda serendah RM20 sebulan....selepas 5 tahun RM20k hak anda..

Adakah ianya hanya tagline untuk jualan sesuatu.. apakah hidden agenda disebalik tajuk di atas. Sebe
narnya abg ngah hanya nak berkongsi dengan anda jika pengunjung berminat untuk mengetahui lebih lanjut...

Abg Ngah tidak kata buat loan asb dengan bank, kemudian bayar pada bank RM20 sebulan, sebab tiada bank yang offer sedemikian. Tetapi yang abg ngah nak usulkan adalah kita apply loan 200k, tetapi modal kita hanya RM20 sebulan, kemudian selepas 25 tahun.. RM200k adalah hak kita. Atau surrender selepas 5 tahun, RM20k adalah hak kita... Kalau anda berminat, abg ngah akan tunjukkan...

Repayment Table Klik untuk tahu berapa anggaran kena bayar sebulan

Stepnya adalah seperti berikut:

i) Rancang untuk buat loan ASB 200k, tengok repayment table di atas, berapa perlu bayar sebulan? Katalah bayarannya adalah RM1140.00. Jadi kalau setahun perlu RM13680. Jangan buat loan lagi, rancang je..

ii) Kemudian buatlah pinjaman daripada sesiapa saja samada mak, ayah, abang, kakak atau sebagainya untuk bayar jumlah RM13680 tu. Nak ke diorang bagi... Jadi untuk kakitangan kerajaan CIMB menyediakan pinjaman peribadi(PL) dengan faedah 3.98% setahun sekarang ini (valid semasa post ini dibuat), buatlah pinjaman ini dalam jumlah RM17k selama 20 tahun. Apa..?? Gila ke Abg Ngah ni.. tadi suruh rancang buat ASB Loan dan sekarang ni suruh buat PL pulak.. nak bagi kami mampus ke???...Abg Ngah pun kata: "apa aku peduli, korang nak mapus ke nak idup ke.. tapi apa kata baca hingga habis dulu.".

iii) Kalau PL di atas dah suksess atau sesiapa dah bagi pinjam duit dalam amaun di atas dengan faedah about 4.5% or lower.. so barulah proceed dengan loan ASB. Ingat duit dari PL tu walau berbelas ribu, jangan diusik.. u kena amanah.

iv))ok now faham betul2. Sekarang komitmen korang adalah pinjaman asb RM13680 setahun (RM1140 sebulan) dan PL dengan bayaran tahunan dalam RM1536 (RM128 sebulan). Pinjaman ASB tak dapat duit sebab untuk pelaburan. Tetapi PL dapat cash money kan sebanyak dalam RM15500.

V) Maka dengan berhemah, gunalah duit RM15500 dari PL tadi untuk bayar ASB loan tahun pertama (RM13680) dan PL tahun pertama (RM1536). Abg Ngah nak tanya, setakat ni u all keluar duit tak??.. belum kan.. jadi maknanya tahun pertama langsung tak keluar duit... itulah kaedah OPM (other people money).

Vi) Seterusnya korang akan kata "Abg Ngah jangan buat lawak... mana kami nak cari duit untuk tahun kedua dan seterusnya..." Abg Ngah pun balas "pegi mampus dengan korang lah.. ada korang bayar upah kat aku dok post kat blog ni". Tapi nanti dulu... bukan ke selepas setahun PNB akan bagi dividen untuk 200k yang korang labur tu, katalah 7.5%..banyak tu... kira2 RM15000 setahun. Dan komitmen korang untuk tahun kedua dan keatas adalah RM 1536 + RM13680 = RM15216. Maka sekarang ni ambillah RM15k tu untuk bayar komitmen RM15216 tersebut... maka now komitmen korang akan tinggal RM216 setahun.... diulang SETAHUN... kalau sebulan baru.. RM18.00 je.. kalau sehari RM0.60 je.. (dengan jumlah itu kos masuk toilet je...).

iv) So takkan tak faham2 lagi step seterusnya... korang ulang lah sehingga korang rasa tahap keghairahan korang dah tak dapat ditahan lagi terhadap duit tu... percaya atau tidak dengan maintain bayar RM0.60 sehari... selma 5 tahun... tup-tup... RM20,000.00 akan menjadi milik anda. Atau kalau korang ni jenis penyabar.. sanggup meleleh air liur selama 25 tahun.. tup-tup 200k jadi milik anda. Kalau sekarang anda 25 tahun...pada umur 50 tahun, dah ada 200k...dimana modal anda hanya RM0.60 sehari....Amacam ada berani ka??.. Nak berkongsi pendapat?.. Silakan...

5 comments:

  1. ada kawan saya pun cadang seperti yg anda kemukakan. Walaubagaimanapun, ia mmg memerlukan tahap disiplin yang tinggi dan kita perlu pastikan tidak berlakunya keperluan kewangan kecemasan semasa tempoh membuat bayaran.

    Dari segi theory, saya akui ianya berkesan. But in practice, ianya sesuai bagi sesiapa yang mempunyai jumlah hutang tidak melebihi 60 peratus dari jumlah gaji sebelum pinjaman ASB ini dijalankan.

    Ingat....wang anda adalah hak anda..dan anda harus dahulu membuat pengiraan jangka panjang kehadapan selepas kaedah ini dipraktikan.

    Bagi saya, bukan susah nak jadi susah tetapi bukan senang utk menjadi senang

    ReplyDelete
  2. TQ for ur visit and comment. My comments on ur all 4 paragraphs di atas:

    i)This is OPM, tidak mengganggu portion yang besar ke atas perbelanjaan seharian anda. About RM50/month.

    ii)Sesuai dari segi practice and theory. My case study, my little brother have NO income coz masih belajar di IPTA. He has 200k ASB loan.

    iii)Again, this is OPM. TAk ganggu wang anda...

    iv) Setuju. Tetapi kita akan gagal jika kita gagal merancang dan mungkin berjaya jika merancang dengan betul..

    ReplyDelete
  3. salam tuan maaf bertanya dan saya pun nak belajar sikit2

    kalau kita buat loan asb 200k dalam ccriss keluar tak statement dia yang kita ada apply loan asb sebanyak 200k ?

    dan kalau kita nak beli rumah bukan ke ada effect sikit sebab comitment kita dah tinggi

    ReplyDelete
  4. pokcik zarull: ianya ada sebab komitmen... then bila dapat dividen aku simpan dalam AS1M.. kemudian 3 bulan sekali aku keluar untuk serve monthly repayment.. transac dalam AS1M tadi sudah cukup untuk menyakinkan loan officer bahawa loann ASB adalah komitmen yang boleh dipejam mata... dan satu lagi..U must good paymaster....

    ReplyDelete
  5. Can we draw the loan money during the loan tenure? Coz the consultant told me that they can give me that loan for asb for examples is RM200 / month for 5 years. Then how if i want to draw them a month after the loan approved? Can i do that? It seems lack of info out there..

    ReplyDelete