Wednesday, August 3, 2011

Perancangan Aku...

Kalau ditanya apa perancangan kita dalam hidup. Klise je jawapannya, untuk akhirat.... Tapi ramai jugak yg akan kata aku menuju akhirat tapi dunia ini adalah jambatannya. Ait..macamana tu.. so ni aku nak kongsi sikit perancangan aku. Hasil pemerhatian aku, masih ramai yang akan bekerja walau telah pencen. Tak kiralah samada pegawai kerajaan atau swasta. Apa taknya, dari gaji 8-7k sebulan tinggal 3k je (bagi yg keje gomen) atau tiada pendapatan bagi yg keje swasta.

Juga aku tengok, kebanyakan kita meletakkan kerja seharian adalah keutamaan tertinggi sehinggakan amalan2 wajib terkadang menjadi sampingan. Bekerja sehingga solat terabai... aku tak kata tak buat...tapi terabai.. Alangkah bestnya jika tiap2 bulan ada income tapi tak perlu bekerja.. hanya beramal ibadah, bermasyarakat, dsb. Semua buat seperti biasa kecuali bekerja. Agak mustahillah bagi orang yang biasa-biasa seperti aku ...

Oleh itu aku hanya target, akan berkeadaan begitu semasa pencen nanti (56tahun). Jadi aku tak akan bekerja pada masa itu... Tapi kalau gaji sebelum pencen 7-8k dah jadi 3k saja... macamana nak hidup seperti biasa.. Soal sampai atau tidak aku sehingga umur 56 tahun, itu hanya Allah yang tahu.. Wallahualam...tapi perancangan perlu dibuat seolah kita hidup selamanya.

Oleh itu kalau gaji aku sebelum pencen dalam 7-8k. Commitment(hutang) masa tu dalam 2-3k. Bermakna aku hidup berbekalkan 5k sebulan. Jadi apabila pencen gaji aku tinggal 3k saja. Oleh itu apa target aku?.. secara mudahnya apabila pencen AKU MESTI BEBAS HUTANG (NO COMMITMENT) DAN ADA PASSIVE INCOME SEBANYAK 2K.


Kalau bebas hutang..?? macamana nak buat?? Kereta ok lagi sebab akan habis sebelum pencen. Masalahnya rumah.... masa pencen nanti balance masih ada about RM150k!!


Passive Income 2k/month. Ini pun satu hal... sapa nak bagi kat aku... kalau nak buat sendiri camna???..

Cadangan aku:

Katalah aku memilih property sebagai platformnya. Aku cuba try and error dulu ni.... Kalau aku beli 10 rumah medium cost. Harga beli average 95k sebijik. Untuk sebijik aku perlu bayar dalam RM555/mth.

Maka ramailah akan kata Abg Ngah gila ka apa???.. beli rumah 10 bijik???.. kalau dah sebijik downpayment 10% of 95k = 9.5k campur lagi ngan kos2 lain,..mungkin jadi 15k!!.. kalau 10 bijik... 150k!!**%$#. maka ramai akan kata memang abg ngah nak buat lubang yg amat dalam..pastu suruh kami terjun... bukan kata pencen... 5 tahun lagi pun tak sempat hidup rasanya..hee..hee..

Maka aku pun berkata .. masa pencen nanti korang juallah OTAK korang tu sebab ianya fresh lagi coz jarang dipakai. Allah bagi otak untuk diguna, bukan biar berkarat.

Kita berbalik pada cadangan Abg Ngah... Beli rumah sebijik perlu modal 15k dan bulan2 RM550/mth. Mmm..So, korang carilah rumah yang at least dijual pada harga 15% lebih rendah dari market value, walau abangensem selalu mengatakan must below 25%. So, kalau MV 110k, after nego dijual 95k.., maka bank akan bagi loan 99k. Sudah ada lebihan 4k disitu... boleh guna untuk lawyer fee. Kos valuation, loan aggrement fee dll yang berjumlah 5.5k masuk dalam loan, so total loan jadi 104.5k... buatlah 30yrs...katalah rate blr-1.7.. itu yang dapat rm555/mth. Cuba tengok calculation abg ngah di atas, ada u all keluar duit????.. tak de kan?? down payment TIDAK keluar... lawyer fee TIDAK keluar. Jadi senang2 je dapat rumah tersebut without even single cent....

Maka korang sekali lagi akan hentam abg ngah... tu yang bulan2 RM555/mth nak cekau mana...ada pikiaq ka...ada akai ka??... Maka aku pun balas balik..itu OTAK mau kasi jual nanti bagi aku jadi broker, coz mesti lakunyer...sebab free byte space masih banyak...

Itu rumah bagilah sewa... cari lah area yg boleh create sewa sebanyak itu jugak ... RM550/mth. Tipnya camna... nantilah aku buat another entry...

Kesimpulan dari entry ini adalah.

i. Beli rumah tak keluar modal
ii. Bulan2 bayar bank tak guna duit sendiri

So, apa lagi mau????...Enam bulan sekali belilah sebijik rumah??

Nanti sambung part 2 ..key...