Monday, May 30, 2011

Terminate Loan ASB

Pada Jumaat lepas (27 May 2011) terminate Loan ASB di Sec 18 SA. Immediately apply new loan 228k. Loan Officer hairan kenapa terminate loan lama 200k dan immediately apply new loan 228k. Jawapan mudah yg aku bagi, rate lama tak bagus (blr-1.3) compared to rate baru blr-1.65. Sebenarnya itu hanya alasan je, sebab yang utama adalah aku nak ambil cash from principle dan dimasa yang sama apply loan baru untuk mengekalkan Loan ASB, but with new limit yang lebih tinggi. Dengan hanya menggunakan return daripada loan lama yang akan diperolehi nanti, aku akan peroleh sedikit cash money dan on top of that dapat apply new loan with higher rate. Ini yang dikatakan OPM & OPE...

Monday, May 16, 2011

Kerja Sampai Pencen, Than...What Next..

Selagi ada mentality makan gaji, kemudian apabila dapat duit gaji, bayar hutang dan spend untuk belanja keluarga, then hujung bulan ZERO... maka apa akan jadi apabila dah pencen nanti... Aku nak suggest, apa kata kita plan supaya at age 50, kita boleh create passive income at least half dari gaji kita..supaya at that age kita boleh buat amal ibadat dengan lebih selesa...

Bakal Pesara DiPersiap Pengetahuan Kewangan

Dalam URL di atas jelas ianya adalah masalah yang sekian lama dok mencengkam kakitangan kerajaan sehinggakan PPK terpaksa merangka kursus tertentu untuk tujuan tersebut. Tetapi persoalannya cukupkah masa setahun sebelum persaraan untuk tujuan tersebut???..

Bagi Abg Ngah, apa yang penting menjelangnya usia persaraan, sepatutnya pesara tersebut telah berjaya meletakkan diri mereka dalam kategori manusia2 yang mempunyai 'Kebebasan Kewangan' atau 'Financial Freedom'. Jika merujuk kepada URL diatas, ianya lebih kepada kakitangan kerajaan yang lazimnya kais bulan lepas makan bulan ini, begitulah seterusnya. Perkara pokok yang perlu dicapai adalah komitmen mesti rendah daripada income. Jadi setiap pesara perlu meletakkan diri mereka dalam situasi tersebut. Jika sebelum ni income RM8k (Gaji + Elaun tetap), bila pencen ianya menguncup kepada RM3k mungkin (selepas ditolak elaun tetap dan 0.4 daripada gaji). Pengurangan RM5k sebulan sudah tentu merunsingkan....tetapi jika anda seorang yang bijak, ianya tidak menjadi masalah. Sebab usia persaraan dan berapa pencen yang anda akan dapat bukanlah sesuatu yang datang mengejut, tetapi sudah boleh dianggar lebih awal, sebab itu JPA telah meletakkan panduan pengiraan tersebut Disini.

Oleh itu pada pandangan Abg Ngah, apabila memasuki usia pencen kita perlu menambah income atau mengurangkan komitmen supaya Income > Komitmen. Kita boleh biarkan jumlah pencen RM3k tersebut, tetapi rancanglah supaya komitmen seperti rumah, kereta, semua hutang langsai apabila pencen. Dengan cara ini walau gaji mengecil tetapi komitmen telah berjaya di kurangkan. Keduanya, mengekalkan komitmen sediada tetapi create another income to jadikan income anda RM8k seperti sebelum pencen. Ketiganya, yang lebih Abg Ngah suka dan jadikan motivasi untuk Abg Ngah adalah kombination these two. Tingkatkan income melalui passive income dan dimasa yang sama sattlekan komitmen hutang2 seperti yang dinyatakan terdahulu. Abg Ngah sangat tidak setuju untuk Pesara masih bekerja secara aktif apabila telah mendapat title pesara. Kerana bagi Abg Ngah, kita telah spend most of our time pada kerja, jadi fokus pulaklah pada amal ibadat dan kerja amal pada baki sisa-sisa umur kita dengan sepenuh masa. Jadi dimana anda...??

Tuesday, May 10, 2011

AS1M

Dengar2 AS1M akan boleh dilanggan menggunakan pinjaman. Dengarnya juga ianya akan dihandle oleh BSN. Aku lupa pulak kat mana aku baca rumus tersebut. So, dengan cargasnya aku bergerak ke PNB Shah Alam then bukak akaun ... standby kalau2 ianya menjadi kenyataan. Kalau tak pun biarlah akaun tu kat situ.. sementara dok fokus kat ASB dulu. Atau nanti bila aku surrender loan ASB bulan June 2011, maka akan aku pindah semua cash dalam AS1M untuk buat loan maksimum semula +- 230k... Tapi betul ke AS1M akan ada pinjaman .....????

Artikel Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm