Friday, January 14, 2011

Public Mutual VS ASB

ASB/PUBLIC MUTUAL
(oleh public mutual Shaz pada pada 08hb November 2009 pukul 10.19) ptg.Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungan anda tidak dijamin sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi iklan atau oleh agen unit amanah. Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami risiko kerugian besar jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur. Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.

Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB. Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja. Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.

Selain itu, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan, anda boleh membaca post saya berkenaan isu ini di sini.

Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan. Buku-buku tulisan Azizi Ali, Sunthara Segar dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas anda memahami tentang pelaburan, anda akan merasa seronok untuk melabur dan anda tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.

Belajar Public Mutual Online..

Sebenarnya Abg Ngah dah agak lama beli dana PM ni, 3 tahun gitu. Tapi beli tanpa tahu apa2. Kena pulak agen pun diam. Yang abg ngah diam tu sebab amaun tak banyak dalam 12k je (5 dana rasanya). Dua hari lepas bila kepala dok fikir pasal investment ni maka teringat kat dana PM ni. Pi jalan2 kat Opis Public Mutual Branch Sek 15 Shah Alam. Rupanya kita boleh buat transac online. Apa lagi mohon lah.. barulah tahu dengan modal 12k untuk 3 tahun sekarang jadi 12.4k je. Kalau letak dalam ASB, senang2 je dapat dividen rm2.5k. Tapi dek kerana nak belajar sikit dana PM ni maka biar lah dulu. Semalam belajar buat switching dari Public China Ittikal to PUBLIC ISLAMIC SELECT TREASURES FUND. Member alam cyber advise le.. Tak fikir panjang terus switch je.. tengok apa jadi ye..

Thursday, January 13, 2011

Loan ASB .. Keluarkan duit anda serendah RM20 sebulan....selepas 5 tahun RM20k hak anda..

Adakah ianya hanya tagline untuk jualan sesuatu.. apakah hidden agenda disebalik tajuk di atas. Sebe
narnya abg ngah hanya nak berkongsi dengan anda jika pengunjung berminat untuk mengetahui lebih lanjut...

Abg Ngah tidak kata buat loan asb dengan bank, kemudian bayar pada bank RM20 sebulan, sebab tiada bank yang offer sedemikian. Tetapi yang abg ngah nak usulkan adalah kita apply loan 200k, tetapi modal kita hanya RM20 sebulan, kemudian selepas 25 tahun.. RM200k adalah hak kita. Atau surrender selepas 5 tahun, RM20k adalah hak kita... Kalau anda berminat, abg ngah akan tunjukkan...

Repayment Table Klik untuk tahu berapa anggaran kena bayar sebulan

Stepnya adalah seperti berikut:

i) Rancang untuk buat loan ASB 200k, tengok repayment table di atas, berapa perlu bayar sebulan? Katalah bayarannya adalah RM1140.00. Jadi kalau setahun perlu RM13680. Jangan buat loan lagi, rancang je..

ii) Kemudian buatlah pinjaman daripada sesiapa saja samada mak, ayah, abang, kakak atau sebagainya untuk bayar jumlah RM13680 tu. Nak ke diorang bagi... Jadi untuk kakitangan kerajaan CIMB menyediakan pinjaman peribadi(PL) dengan faedah 3.98% setahun sekarang ini (valid semasa post ini dibuat), buatlah pinjaman ini dalam jumlah RM17k selama 20 tahun. Apa..?? Gila ke Abg Ngah ni.. tadi suruh rancang buat ASB Loan dan sekarang ni suruh buat PL pulak.. nak bagi kami mampus ke???...Abg Ngah pun kata: "apa aku peduli, korang nak mapus ke nak idup ke.. tapi apa kata baca hingga habis dulu.".

iii) Kalau PL di atas dah suksess atau sesiapa dah bagi pinjam duit dalam amaun di atas dengan faedah about 4.5% or lower.. so barulah proceed dengan loan ASB. Ingat duit dari PL tu walau berbelas ribu, jangan diusik.. u kena amanah.

iv))ok now faham betul2. Sekarang komitmen korang adalah pinjaman asb RM13680 setahun (RM1140 sebulan) dan PL dengan bayaran tahunan dalam RM1536 (RM128 sebulan). Pinjaman ASB tak dapat duit sebab untuk pelaburan. Tetapi PL dapat cash money kan sebanyak dalam RM15500.

V) Maka dengan berhemah, gunalah duit RM15500 dari PL tadi untuk bayar ASB loan tahun pertama (RM13680) dan PL tahun pertama (RM1536). Abg Ngah nak tanya, setakat ni u all keluar duit tak??.. belum kan.. jadi maknanya tahun pertama langsung tak keluar duit... itulah kaedah OPM (other people money).

Vi) Seterusnya korang akan kata "Abg Ngah jangan buat lawak... mana kami nak cari duit untuk tahun kedua dan seterusnya..." Abg Ngah pun balas "pegi mampus dengan korang lah.. ada korang bayar upah kat aku dok post kat blog ni". Tapi nanti dulu... bukan ke selepas setahun PNB akan bagi dividen untuk 200k yang korang labur tu, katalah 7.5%..banyak tu... kira2 RM15000 setahun. Dan komitmen korang untuk tahun kedua dan keatas adalah RM 1536 + RM13680 = RM15216. Maka sekarang ni ambillah RM15k tu untuk bayar komitmen RM15216 tersebut... maka now komitmen korang akan tinggal RM216 setahun.... diulang SETAHUN... kalau sebulan baru.. RM18.00 je.. kalau sehari RM0.60 je.. (dengan jumlah itu kos masuk toilet je...).

iv) So takkan tak faham2 lagi step seterusnya... korang ulang lah sehingga korang rasa tahap keghairahan korang dah tak dapat ditahan lagi terhadap duit tu... percaya atau tidak dengan maintain bayar RM0.60 sehari... selma 5 tahun... tup-tup... RM20,000.00 akan menjadi milik anda. Atau kalau korang ni jenis penyabar.. sanggup meleleh air liur selama 25 tahun.. tup-tup 200k jadi milik anda. Kalau sekarang anda 25 tahun...pada umur 50 tahun, dah ada 200k...dimana modal anda hanya RM0.60 sehari....Amacam ada berani ka??.. Nak berkongsi pendapat?.. Silakan...

Loan ASB

Salam semua...

Ramai dari kita mengambil loan ASB. Dan ramai juga yang memulakan amaun yang sedikit seperti 10k,20k,30k dll. Bila ditanya alasannya adalah kerana tak mampu bayar bulan2 yang agak tinggi atas pelbagai sebab. Kalaulah alasannya hanyalah TIDAK MAMPU bayar bulan2 yang tinggi, maka sebenarnya anda mahu ambil loan yang maksima (200k), cuma halangannya loan RM200,000.00 memerlukan bayaran bulanan sehingga RM1200.00 sebulan. Tapi apa kata jika saya tunjukkan jalan kepada anda dengan loan 200k tetapi bulan2 yang rendah.. mungkin serendah RM50 sebulan. Diulang RM50 sebulan mampukah anda.... Abg Ngah hanya nak buka your mind dan terangkan jalan, itu sahaja without any payment... yang lain you buat sendiri..itu pun kalau sesuai dengan u all.

Bank yang buat ASB loan:

 Maybank (Islamik)

Setakat ini yang saya tahu hanya bank ini yang offer Islamik loan.




Mukadimah...

Munculnya blog ini kerana ingin mencari ilmu pelaburan dan cuba memahami sistem pengurusan kewangan untuk dikongsi dan mengaplikasi bersama untuk kebaikan bersama. Pada masa ini fokus adalah pada:

-Pinjaman ASB
-Public Mutual
-Property
- Ada lagi ke yang bagus..