Monday, March 28, 2011

Angan Mat Jenin Abg Ngah

Tengok kat lelongtips.com banyak gak rumah lelong area shah alam. Yang abg ngah minat adalah area seksyen 7, atau spesifik lagi apartment area plumbum tu. Rata-rata RP adalah RM85k-90k. Kalau rujuk dalam mudah sewa sini dalam range RM500-900permonth. So, berapa harga yang worth to bid??.. atau setinggi mana anda boleh bid???... simple calculation !@#$%^&.. harga bid paling tinggi antara RM75000-RM135000. Jadi kalau anda nak masuk lelong dan nak minta agent bid untuk anda, tugas anda anda adalah untuk dapatkan estimate harga sewa bersih(dah tolak maintenance +cukai = rm100 kot). Kalau yakin sewa 650sebulan. So cakaplah kat agent tu anda berani bid up to rm95k. Ha..haa.. sekarang anda tahu serba sedikit cara untuk letakkan ceiling price untuk bid.

Loan Amount :RM 85,500 (90%loan)
Annual Interest Rate : 5 %
Loan Period : 25yrs
Monthly Payment:RM 500.00
Kalau bayaran bank 500 sebulan.. sewa rm650 sebulan... maintenance+cukai rm100..ok le tu..ada lagi RM50.



Cuma sekarang ni abg ngah memikirkan boleh ke loan sattle dalam masa 120 hari, dari tarikh menang bid. Tambah pulak sekarang ni amat susah untuk dapat harga rumah yang berbaloi2.... Mesti ada Jalan....nanti kita cari jalan.

Kalau gitu, target le 2 bulan sebijik rumah. Abg Ngah letakkan 2 bulan sebab untuk sattle rumah tu bagi urusan penyewaan. So, setahun 6 bijik... 2 tahun 12 bijik.. cukup le tu... sebab takkan melawan seorang otai tersohor iaitu AE yang dikatakan ada 14 rumah.

Jika perkara diatas direalisasi, dengan anggapan semua harga rumah yg aku beli 95k dan dapat sewakan RM650. Satu rumah +ve cf RM50 X 12 = RM600 sebulan. Boleh digunakan untuk perkara repair disana sini. Dengan anggapan average rate consistant, aku akan pencen lagi 15 tahun, maka aku tidak mahu ada komitmen lagi terhadap hutang2 rumah tersebut..maka.. akan akan jual sebahagian rumah itu untuk kekalkan sebanyak mungkin rumah yg aku mampu. Dengan pengiraan HL seperti diatas after 15 yrs, baki sattlement untuk sebiji rumah adalah about RM47000.. wow banyak lagi tu...

Persoalan sekarang berapa harga rumah tersebut 15 tahun dari sekarang (apt berumur 20-25tahun).. anggap harganya hanya 100k sebijik. Oleh itu jika aku jual sebijik rumah, maka aku akan dapat cash RM53k. Kalau aku berniat untuk kekalkan 6 bijik untuk bekal masa pencen.. maka hasik jualan 6 bijik adalah rm318k dan full sattlement untuk apartment yang aku kekal hak milik adalah RM282000 (6 bijik). Lebihan RM36k.. enjoy...

Jadi masa pencen aku akan ada 6 bijik apartment yang bebas hutang. katalah nilainya adalah RM100k sebuah dan jumlahnya RM600000. Kalau sewanya naik sedikit masa itu iaitu RM900.00(this shld resoanable). Oleh itu passive income adalah RM5400 permonth. Persoalannya cukup ke amount tu untuk diguna pada tahun 2026 nanti..... kalau tak, tambah lagi rumah..... inilah angan2 abg ngah... tapi abg ngah belum ada walau sebijik rumah untuk investment...

Wednesday, March 23, 2011

Kad Kredit Ikhwan Maybank

First CC aku pakai adalah dari Maybank, dekat 10 tahun jugak... bayaran sentiasa full. Atas alasan tertentu, aku terminate pada 2008. Kemudian pakai CC lain.. sama jugak, setiap bulan bayar penuh walau penggunaan banyak mana pun. Sebab bagi aku CC ni bukan kad hutang tapi sebab tak nak bawa cash. Disamping itu aku boleh collect point. Sehingga kini limit aku 38k... tapi aku tak kisah pun... Baru2 ni rasa nak apply semula Kad Kredit dengan maybank, yang Ikhwan tu lah... sebabnya kerana dari mula kerja memang gaji aku dengan maybank, semua bill bayar guna maybank2u. Mula apply end last year kat sek 9 shah alam.. sampai sudah diam....awal 2011 apply lagi kat seksyen 18 shah alam, sampai sebulan lebih baru terima surat kelulusan.. tapi yang hampehnyer... suruh aku fill borang untuk buat SI bagi pembayaran CC tersebut, sebagai syarat kelulusan... terkezut..jugak.. akunyer rekod ngan maybank dan bank lain punyala cantik..suruh aku isi form SI. So, bagi akulah..maybank ni agak lembab dan eksen lah... Mungkin dia tak tahu prinsip aku.. kalau buat hutang mesti bayar punya... atau mungkin dia tengok akunyer jumlah pinjaman mengerunkan... percaya atau tidak.. jumlah aku berhutang kat bank lebih 700k dan bayaran bulan2 4k lebih... gaji aku pun 4k lebih je..... memang tight tapi still boleh bergerak dan manageable... hee..hee.